Terima kasih buat semua pensyarah yang mengajar kami ... :)
RINGKASAN DASAR POLISI KEBANGSAAN 2020
FAKULTI PENGAJIAN KOTEMPORARI ISLAM
DWP10102
FALSAFAH PENDIDIKAN
Tajuk Tugasan:
DASAR DAN POLISI PENDIDIKAN NEGARA MALAYSIA
Disediakan untuk:
Ustaz Ab Aziz Sulaiman
Disediakan oleh:
NUR FADLILLAH BINTI MUHAMAD NAZAR (061291)
ABSTRAK
Tugasan ini adalah untuk mengumpul maklumat berkaitan dasar-dasar pendidikan yang di amalkan di negara Malaysia. Dasar dan polisi pendidikan ini dilihat sebelum kemerdekaan, selepas era kemerdekaan negara dan dasar-dasar terkini yang dibawa oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Maklumat yang disampaikan adalah merujuk kepada buku Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK) edisi ke-4 keluaran Kementerian Pendidikan Malaysia cetakan 2017.
1.0 PENDAHULUAN
Setiap anggota tubuh badan mestilah mempunyai sistem-sistem
tertentu bagi menjalankan tanggungjawab tertentu bagi kelangsungan hidup.
Berfungsinya anggota tubuh badan ini adalah bergantung pada suatu organ penting
yang dinamakan jantung. Jika jantung tidak berfungsi maka seluruh anggota tubuh
badan turut tidak berfungsi atau mati. Selain itu, analogi sebuah rumah tidak
dapat didirikan sempurna jika tiada tiang didirikan. Kedua-dua perumpamaan
antara ‘jantung’ dan ‘tiang’ ini adalah mempunyai maksud yang sama dalam setiap
perkara. Setiap perkara yang dicipta dan didirikan mestilah mempunyai dasar
tertentu supaya menjadi suatu sistem yang kukuh dan mempunyai hala tuju
tersendiri. Oleh yang demikian, jika disamakan dengan aspek pendidikan juga
mestilah mempunyai dasarnya yang tersendiri.
Sistem pendidikan negara kita setiasa mengalami proses perubahan
dari masa ke masa. Menerusi buku rujukan Dasar Pendidikan Kebangsaan edisi
terkini terbitan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini memperincikan sistem
pendidikan di sekolah-sekolah yang antaranya melibatkan kurikulum dan
kokurikulum, bantuan pendidikan dan pelbagai program lain yang menyokong dasar
pendidikan.Strategi pelaksanaan, pernyataan dasar dan punca kuasa yang
dikemukakan dalam buku ini ialah hasil analisis yang komprehensif berdasarkan
kepada Akta Pendidikan 1996 [Akta 550].
Oleh yang demikian, kefahaman dan komitmen daripada semua pihak
terutamanya warga KPM amat diperlukan bagi memastikan pelaksanaan dasar
pendidikan berjaya diterjemahkan dengan betul dan tepat. Dasar yang telah
digubal menjadi teras dan tunjang utama bagi menentukan hala tuju pendidikan
negara. Oleh itu, sesuatu dasar yang telah digubal pasti mengalami satu proses
yang panjang dan rumit sebelum dapat didokumenkan.
Pada bahagian ini, akan dijelaskan dasar-dasar pendidikan di negara
Malaysia dari penggubalan terkini yang dirujuk menerusi Buku Dasar Pendiidkan
Kebangsaan (DPK) edisi terkini iaitu edisi ke empat cetakan pada tahun 2017
yang digubal dan di susun atur oleh Badan berautoriti Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM).
2.0 DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN (2017-2021)
2.1 BUKU DASAR RUJUKAN TERKINI EDISI KE-4
Buku Dasar Pendidikan Kebangsaan Jilid
Keempat ialah satu dokumen yang menjadi rujukan utama warga KPM dan pihak yang berkepentingan
bagi membuat cadangan, keputusan dan hala tuju pendidikan negara. Melalui buku
ini, dasar pendidikan dan program pendidikan yang menyokong dasar diperincikan
agar dapat memberi kefahaman yang jelas kepada pihak yang memerlukannya. Oleh
segala daya usaha telah digemblengkan oleh para penggubal untuk menerbitkan
buku ini wajar dihargai sebaiknya. Setiap kejayaan dasar pendidikan dan program
yang menyokong dasar hendaklah disokong dengan kefahaman dan kerjasama yang
kukuh daripada semua pihak terutamanya warga KPM.
Selain itu, Buku Dasar Pendidikan
Kebangsaan (Edisi Keempat) merupakan himpunan semua dasar yang menjadi tulang
belakang sistem pendidikan negara kita. Buku ini dikemas kini dan ditambah baik
daripada Buku Dasar Pendidikan Kebangsaan (Edisi Ketiga) yang telah diterbitkan
pada tahun 2012. Menurut Kamus Dewan Bahasa (Edisi Keempat), dasar atau polisi
merupakan pertimbangan tentang cara atau sistem yang utama berkenaan sesuatu,
asas, prinsip dan teras.
Pada bahagian seterusnya akan
dibincangkan secara ringkas isi-isi utama kandungan buku DPK ini sebagai
panduan dan rujukan seluruh warga pendidik supaya setiap tindakan dan keputusan
dibuat mestilah berpandukan dasar yang telah ditetapkan oleh KPM.
2.2 KANDUNGAN DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Dasar juga bermaksud pendirian yang
menjadi asas bagi segala tindakan serta faktor
terpenting bagi membuat sesuatu keputusan. Buku Dasar Pendidikan
Kebangsaan (Edisi Keempat) ini mengandungi enam bab utama yang
menghuraikan kesemua dasar, iaitu meliputi sistem pendidikan,
sekolah program, program kurikulum dan
kokurikulum, bantuan pendidikan, program-program
lain di bawah seliaan KPMdan institusi-institusi pendidikan lain yang
ditubuhkan hasil kerjasama KPM dengan pihak swasta.
Buku ini turut menjelaskan empat perkara utama setiap dasar yang
terlibat, iaitu pengenalan dasar, pernyataan
dasar, strategi pelaksanaan dasar, dan punca
kuasa dasar tersebut untuk memastikan kejayaan hasrat transformasi pendidikan
negara melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Buku ini
juga amat penting dan relevan sebagai rujukan utama kepada setiap warga
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sama ada di peringkat penggubal dasar mahupun
pelaksana dasar untuk memastikan kelancaran pelaksanaan sistem pendidikan
kebangsaan di negara kita.
Kandungan buku ini telah mencakupi dasar berkaitan sistem
pendidikan kebangsaan termasuk pentaksiran dan penilaian, latihan guru dan pemimpin
pendidikan, pengurusan sumber manusia, pelibatan pihak swasta dalam pendidikan,
pengurusan aset dan infrastruktur serta hal-hal lain berkaitan pendidikan di
bawah seliaan KPM.
2.3 SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Dasar Pendidikan Kebangsaan dilaksanakan melalui Sistem Pendidikan
Kebangsaan (SPK) yang memperuntukkan tiga teras utama, iaitu penggunaan
bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, menggunakan
kurikulum yang sama, iaitu Kurikulum Kebangsaan dan menduduki
peperiksaan yang sama. Ketiga-tiga teras utama ini diaplikasikan
dalam peringkat pendidikan yang diperuntukkan di bawah SPK, iaitu pendidikan prasekolah,
pendidikan rendah, pendidikan menengah, pendidikan lepas menengah sehingga pendidikan
tinggi tetapi tidak termasuk pendidikan di sekolah ekspatriat atau sekolah
antarabangsa.
Kesemua peringkat pendidikan ini boleh diperoleh di institusi
pendidikan yang dikategorikan di bawah peruntukan SPK, iaitu institusi
pendidikan kerajaan, institusi pendidikan bantuan kerajaan dan institusi pendidikan
swasta. Selain itu, SPK turut memperuntukkan pendidikan yang diberikan adalah
pelbagai dan komprehensif skopnya bagi memenuhi keperluan negara serta memupuk
perpaduan melalui pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik selaras
dengan prinsip-prinsip Rukun Negara. Pelaksanaan SPK turut mengambil kira
prinsip am, iaitu murid haruslah dididik mengikut hasrat ibu bapa
masing-masing, namun tertakluk kepada keupayaan kerajaan selagi tidak
melibatkan perbelanjaan wang awam yang tidak munasabah.
Oleh itu, seiring dengan hasrat merealisasikan matlamat FPK dan peruntukan
di bawah sistem pendidikan kebangsaan, KPM sebagai penggubal dasar pendidikan
amat komited bagi memastikan strategi pelaksanaan setiap dasar yang
diterjemahkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) serta Pejabat Pendidikan
Daerah (PPD) sebagai pelaksana dasar dalam bentuk tindakan dipatuhi bagi
memastikan kejayaan pelaksanaan dasar yang telah digubal. Komitmen semua
peringkat KPM, iaitu bahagian, JPN, PPD serta pengetua/guru besar di sekolah
amat diperlukan.
Semua pihak dalam susur galur KPM disarankan mengambil inisiatif
meneliti, mengkaji, memahami, menghayati dan melaksanakan setiap strategi pelaksanaan
dasar yang digubal dengan menggerakkan jentera bertindak di setiap peringkat
organisasi masing-masing. Harapan KPM agar komitmen yang jitu, dan pelaksanaan
yang kemas dan sistematik serta kerjasama semua pihak yang terlibat dapat memperoleh
kejayaan yang cemerlang dan gemilang.
3.0 3.0 BAB UTAMA DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
3.1 DASAR SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pada bahagian bab ini telah memperincikan
Sistem Pendidikan Kebangsaan yang menjadi tonggak pelaksanaan Dasar Pendidikan
Kebangsaan di Malaysia. Terdapat enam topik utama yang dihuraikan dalam bab
ini, iaitu peringkat pendidikan, kategori sekolah, bahasa pengantar, kurikulum kebangsaan,
perpaduan, dan penilaian dan pentaksiran yang digunakan dalam sistem pendidikan
di Malaysia.
Peringkat pendidikan di Malaysia adalah
daripada peringkat prasekolah, rendah, menengah dan lepas menengah. Bagi
kategori sekolah pula terdiri daripada sekolah kerajaan, sekolah bantuan
kerajaan dan institusi pendidikan swasta. Perbezaan antara sekolah kerajaan
dengan sekolah bantuan kerajaan mengikut Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] adalah
dari segi pemilikan tanah sekolah tersebut. Institusi pendidikan swasta yang
dimaksudkan dalam buku ini ialah sekolah swasta atau institusi pendidikan swasta
yang bukan sekolah atau institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan dan
mematuhi peruntukan Akta Pendidikan 1996 [Akta 550]. Institusi pendidikan
swasta menggunakan kurikulum kebangsaan, bahasa kebangsaan sebagai bahasa
pengantar, dan menyediakan murid untuk menduduki peperiksaan yang ditetapkan.
Bab ini juga menghuraikan dasar bahasa pengantar, kurikulum kebangsaan dan
penilaian serta pentaksiran yang diperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996 [Akta
550] berkaitan sistem pendidikan kebangsaan di samping turut memperincikan
dasar perpaduan nasional menerusi pendidikan di Malaysia.
3.2 DASAR SEKOLAH PROGRAM
pelbagai jenis sekolah program di Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) yang diketengahkan merangkumi pelbagai konsep untuk
meningkatkan kualiti pendidikan di bawah seliaan KPM. Bab ini memperincikan
dasar sekolah-sekolah yang mengikuti program tertentu yang diperkenalkan oleh
KPM. Sekolah yang telah mengikuti program-program tersebut dikenali sebagai
sekolah program.
Terdapat Pada masa yang sama, terdapat
juga sekolah program yang diperkenalkan untuk tujuan mencapai perpaduan kaum,
sebagai contoh Sekolah Wawasan. Selain itu, terdapat juga sekolah program yang
bertujuan untuk mencungkil dan mengetengahkan bakat murid, contohnya Sekolah
Seni Malaysia dan Sekolah Sukan. Terdapat pelbagai lagi sekolah program yang
mempunyai fungsi tertentu untuk memastikan hasrat PPPM 2013 – 2025 dapat
dicapai dengan jayanya.
Antara sekolah program di bawah seliaan
KPM adalah Sekolah Wawasan, Sekolah Amanah, Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
(SBJK), Sekolah Model Khas Komprehensif K9, Sekolah Model Khas, Sekolah
Berasrama Penuh, Kolej Vokasional, Sekolah Seni Malaysia, Sekolah Sukan, dan Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama.
3.3 DASAR PROGRAM KURIKULUM DAN KOKURIKULUM
Kementerian Pendidikan menyediakan
program kurikulum dan kokurikulum khusus untuk murid bermula daripada peringkat
sekolah rendah, menengah sehinggalah peringkat lepasan menengah. Program yang
dirancang bertujuan untuk memperkukuh kemenjadian murid secara holistik.
Melalui program kementerian, diharapkan murid bukan sahaja cemerlang dalam
bidang akademik tetapi juga cemerlang dalam aspek sahsiah, kesihatan, kemahiran
kepimpinan dan kemahiran berfikir.
Terdapat lebih dari sepuluh program
Kurikulum yang dibentuk oleh KPM bagi menjayakan falsafah pendidikan
Kebangsaan. Antaranya adalah program Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh
Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang bertujuan untuk membentuk masyarakat yang
menguasai BM dan BI dalam sistem pendidikan negara. Selain itu program
Pemartabatan Pendidikan Bahasa Melayu bertujuan memartabatkan pendidikan bahasa
Melayu melalui perancangan strategik dan pedagogi berkesan di bilik darjah.
Seterusnya tidak lupa program Highly Immersive Programme (HIP) yang berperanan
mewujudkan satu persekitaran immersive bahasa Inggeris di sekolah dengan
menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid sekolah. Namun
begitu, program Dual Language Programme (DLP) tetap diwujudkan oleh KPM untuk
meningkatkan penguasaan kemahiran berbahasa Inggeris dalam kalangan murid
melalui peningkatan masa pendedahan kepada bahasa Inggeris dalam pembelajaran
dan pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.
Selain itu, Program Peningkatan Kemahiran Bahasa Inggeris di Sekolah (PPKBIS) memberi tumpuan kepada meningkatkan kemahiran murid menengah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris (BI) terutamanya bagi meningkatkan peratus lulus BI sekolah hotspot pada peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Program Professional Up-Skilling of English Language Teachers (Pro-ELT) pula berperanan untuk memastikan guru bahasa Inggeris mendapat pencapaian minimum penguasaan tahap Band C pada CEFR. Seterusnya Program Diploma International Baccalaureate® (IB) untuk melahirkan modal insan seimbang berfikiran global yang menghargai kemanusiaan dan apresiasi terhadap alam untuk kehidupan yang aman dan sejahtera.
KPM mewujudkan program Program j-QAF di
mana ia merupakan suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam melalui penekanan
khusus dalam pengajaran Jawi, al-Quran, bahasa Arab dan fardu ain yang
dilaksanakan di peringkat persekolahan rendah menggunakan kurikulum, model dan
modulnya yang tersendiri serta peruntukan jadual waktu sedia ada, di samping
penggunaan tenaga guru yang khusus untuk pemulihan, bimbingan, kemahiran,
pengukuhan, pengayaan dan penghayatan murid.
Sebuah program yang dinamakan Tahfiz
Model Ulul Albab (TMUA) bertujuan untuk melahirkan golongan profesional,
teknokrat dan usahawan hafiz yang mengamalkan ajaran Islam (mutadayyin), dan
memiliki pelbagai kemahiran ilmu selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.modulnya yang tersendiri serta peruntukan jadual waktu sedia ada, di
samping penggunaan tenaga guru yang khusus untuk pemulihan, bimbingan,
kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan penghayatan murid. Ia berbeza dengan
program Kelas Aliran Agama (KAA) di SMK menyediakan kemudahan kepada
murid-murid Islam yang dapat mengikuti pembelajaran dan pengajaran pendidikan
agama terbaik, berkualiti dan terancang ke arah melahirkan profesional dan
teknorat yang beragama (mutadayyin), dan pelapis ulamak yang berwibawa, di
samping menampung permintaan ibu bapa dan murid yang bercita-cita melanjutkan
pengajian dalam bidang agama.
Selain itu, program Kurikulum KPM adalah Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Program Literasi dan Numerasi (LINUS) 2.0, Middle
Years Programme International Baccalaureate (MYPIB) dan Sains, Teknologi,
Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Manakala bagi program Kokurikulum adalah
merupakan Aktiviti kokurikulum bertujuan memastikan semua murid melibatkan diri
dalam pelbagai aktiviti melalui pasukan badan beruniform, persatuan atau kelab
serta sukan dan permainan ke arah pemantapan jati diri dan pembangunan modal
insan yang cemerlang. Oleh itu, KPM mewujudkan program 1Murid 1Sukan dapat membangunkan
modal insan yang seimbang melalui penyertaan murid yang menyeluruh dalam
aktiviti sukan sepanjang tahun serta memupuk budaya bersukan dalam kalangan
murid sekolah untuk menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat
dan cergas sepanjang hayat.
3.4 DASAR PROGRAM PENDIDIKAN
Dasar ini menghuraikan dasar bagi program
pendidikan yang dipertanggungjawab kepada KPM bagi menyediakan dan menawarkan
pendidikan yang holistik, dan mengikut kesesuaian keadaan semasa dengan
mengambil kira pelbagai aspek. Program pendidikan yang diperkenalkan meliputi
aspek pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan, kerjasama dengan
pihak luar dalam pelaksanaan pendidikan, pembestarian sekolah berdasarkan
sumber ICT dan teknologi, pengurusan kewangan, peningkatan profesionalisme
perguruan serta mengambil kira aspek pengurusan kebajikan guru dan murid.
3.5 DASAR BANTUAN PENDIDIKAN
Dasar ini digubal untuk menerangkan
bantuan pendidikan yang disediakan oleh KPM dengan lebih terperinci. Bantuan
pendidikan merupakan usaha murni kerajaan bagi merapatkan jurang pendidikan
yang wujud antara murid di bandar dengan murid di luar bandar, golongan miskin
dengan golongan berada, murid normal dengan murid berkeperluan khas serta
kemudahan bagi murid yang ditimpa bencana. Bagi meringankan beban kewangan ibu
bapa atau penjaga, pemberian bantuan pendidikan dapat meningkatkan motivasi
murid untuk terus menimba ilmu sehingga ke peringkat yang lebih tinggi selaras
dengan aspirasi PPPM 2013 - 2025. Bantuan Pendidikan yang disediakan oleh KPM
mampu memenuhi matlamat bagi memastikan semua sekolah dan murid mempunyai
peluang dan keupayaan yang sama untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran
dan aktiviti kokurikulum. Bantuan pendidikan dapat membantu proses pengajaran
dan pembelajaran (PdP) murid, juga dalam aspek kebajikan dan keperluan sosial
murid.
3.6 DASAR INSTITUSI PENDIDIKAN ATAU INSTITUSI LAIN
Dasar ini dibuat oleh KPM bagi memperincikan
dasar berkaitan institusi pendidikan/institusi lain yang menyediakan pengajaran
dan pembelajaran tetapi tidak terbatas kepada pengajaran mana-mana agama
semata-mata dan tidak diisytiharkan oleh Menteri Pendidikan sebagai bukan
institusi pendidikan. Terdapat empat jenis institusi pendidikan/institusi lain
yang dinyatakan dalam buku ini, iaitu institusi pendidikan yang disediakan oleh
agensi kerajaan, institusi pendidikan yang disediakan oleh agensi bukan
kerajaan dan institusi-institusi pendidikan/institusi lain yang disediakan oleh
pelbagai agensi lain. Walau bagaimanapun, buku ini hanya memperincikan
sebahagian institusi pendidikan/institusi lain yang berkaitan dengan pendidikan
di Malaysia.
No comments:
Post a Comment