Terima kasih buat semua pensyarah yang mengajar kami ... :)
PERBEZAAN PERKEMBANGAN INDIVIDU KAJIAN TERHADAP PERBEZAAN MURID PRASEKOLAH DENGAN SEKOLAH RENDAH
FAKULTI PENGAJIAN KOTEMPORARI ISLAM
Nama Kursus:
DWP 10202 | APLIKASI PSIKOLOGI DALAM PENDIDIKAN
Tajuk Tugasan:
PERBEZAAN PERKEMBANGAN INDIVIDU KAJIAN TERHADAP
PERBEZAAN MURID PRASEKOLAH DENGAN SEKOLAH RENDAH
Disediakan untuk:
ENCIK HAJI MARZUKI BIN NGAH
NUR FADLILLAH BINTI MUHAMAD NAZAR (061291)
PERBEZAAN PERKEMBANGAN INDIVIDU KAJIAN TERHADAP
PERBEZAAN MURID PRASEKOLAH DENGAN SEKOLAH RENDAH
ABSTRAK
Perbezaan individu dalam konteks pengajaran dan pembelajaran ialah kepelbagaian sifat pelajar daripada aspek tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif, gaya belajar, etnik, budaya, kelas sosial, bahasa, jantina bakat dan minat. Satu kajian menerusi kaedah pemerhatian terhadap individu kanak-kanak yang berada pada tahap Pra Sekolah dan Tahap Sekolah Rendah dijalankan. Perbezaan individu dalam kalangan pelajar tersebut dinilai menerusi daripada aspek fizikal, emosi, sosial, gaya belajar dan personaliti.
Kata kunci: perbezaan individu, personality, kognitif
1.0 PENDAHULUAN
Setiap manusia yang dilahirkan ke muka bumi ini sentiasa mengalami
perubahan usia bermula dari dalam kandungan, bayi, kanak-kanak sehingga dewasa.
Perubahan yang berlaku ini merupakan perubahan yang semulajadi bagi setiap
manusia sehingga usia mereka ditamatkan atau meninggal dunia. Manusia akan
menjalani kehidupan mengikut fasa-fasa tertentu atau dari satu tahap ke satu
tahap seterusnya. Manusia dewasa sering kali merindui zaman kanak-kanak mereka.
Hal ini disebabkan usia kanak-kanak dipanggil sebagai ‘golden age’ atau usia
emas kerana waktu itu mereka mula meneroka banyak keadaan di sekeliling. Perumpamaan
emas yang digunakan menunjukkan betapa berharganya zaman kanak-kanak kerana hanya
akan dilalui sekali seumur hidup dan tidak akan berulang kembali.
Menurut pakar psikologi, Jean Piaget zaman kanak-kanak adalah suatu
zaman yang melalui fasa perkembangan tertentu. Perkembangan tersebut adalah
berkait rapat dengan perkembangan fizikal dan mental mereka. Kanak-kanak akan
melalui perkembangan kognitif yang merangkumi pembinaan gaya pemikiran
kanak-kanak dan interaksi terhadap keadaan sekeliling. Malah, pada fasa
perkembangan kanak-kanak mula mempelajari sesuatu perkara untuk mengadaptasi
persekitaran hidup mereka.
Sehubungan dengan itu, fokus tugasan ini adalah untuk mengulas dan membincangkan
secara khusus terhadap perkembangan kanak-kanak dalam fasa pembelajaran mereka
terhadap sesuatu perkara. Hal ini berkait dengan perbezaan individu kanak-kanak
tersebut dari faktor personaliti yang ada dalam diri mereka dan faktor
persekitaran.
Oleh yang demikian, kajian terhadap seorang kanak-kanak prasekolah
dan seorang kanak-kanak sekolah rendah dipilih menjadi sebagai responden.
Masing-masing dinilai secara pemerhatian dan soal selidik agar dapat mengetahui
perbezaan antara individu kanak-kanak tersebut terutamanya hal-hal berkaitan
proses pembelajaran mereka terhadap sesuatu.
2.0 METODE TUGASAN
Bagi menyempurnakan tugasan ini, metode yang diguna pakai untuk
mendapatkan maklumat menerusi pemerhatian dan soal selidik responden. Setelah
itu, menerusi maklumat yang terkumpul, kajian berkaitan tahap perbezaan
individu ini dihubung kaitkan dengan ilmu psikologi pendidikan fasa
kanak-kanak.
Oleh yang demikian, sebanyak mana maklumat berkaitan topik psikologi
kemenjadian murid prasekolah dan sekolah rendah sebagaimana yang digariskan
dalam dasar pendidikan negara mula dirujuk. Melalui metode penelitian
kualitatif dengan jenis kaedah ke perpustakaan (library research) secara
atas talian disebabkan fasa kebimbangan penularan virus pendamik yang berlaku
ketika ini. Walaupun secara atas talian, ia tidak menyukarkan untuk
menyelesaikan tugasan kertas kerja ini.
3.0 OBJEKTIF TUGASAN
Tujuan dan objektif kertas kerja ini dibuat adalah seperti berikut:
A)
Mengetahui latar
belakang peribadi seorang kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah yang
dipilih.
B)
Menganalisa dan
memerhati perbezaan individu dalam kalangan kanak-kanak tersebut daripada aspek
fizikal, emosi, sosial, gaya belajar dan personaliti.
C)
Menyenaraikan
faktor-faktor yang menyebabkan kewujudan perbezaan individu kanak-kanak
tersebut..
Melalui tujuan dan objektif yang ingin dicapai di atas, banyak
penelitian dibuat agar maklumat yang bakal disampaikan memenuhi kriteria
objektif tugasan yang diingini. Malah dengan penelitian yang dibuat menambahkan
ilmu pengetahuan dan daya fikir secara intelektual.
4.0 LATAR BELAKANG KANAK-KANAK
Secara ringkas dan sinopsisnya, dua orang kanak-kanak telah dipilih dalam kajian ini yang mempunyai jantina yang sama iaitu perempuan. Namun berbeza umur dan tahap pendidikan. Masing-masing secara individunya adalah pelajar prasekolah dan pelajar sekolah rendah. Aspek psikologi pendidikan awal kanak-kanak di prasekolah dan pendidikan kanak-kanak sekolah rendah adalah berbeza. Menerusi kajian ke atas dua individu ini pelbagai maklumat yang berkaitan diambil untuk menentukan faktor perbezaan tersebut. Berikut adalah latar belakang pelajar tersebut:
4.1 KANAK-KANAK PRASEKOLAH
|
|
|
|
NAMA PENUH |
Adnin Nuha Binti Muhd Nazri |
|
TARIKH LAHIR |
19/11/2016 |
|
TINGGI |
95 CM |
|
BERAT |
13 KG |
|
UMUR |
5 tahun |
|
SEKOLAH |
Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) |
|
HOBI |
Menonton televisyen, mewarna, bermain
basikal |
|
CITA-CITA |
Guru |
|
WARNA KESUKAAN |
Merah jambu |
|
MAKANAN KEGEMARAN |
Coklat, Teh Boba |
|
BIL ADIK BERADIK |
4 |
|
ANAK KE |
3 |
|
UMUR KETIKA PANDAI |
Mengira 1-10: 3 tahun Mengenal ABC: 5 tahun Mengenal alif ba ta: 5 tahun |
4.2 KANAK-KANAK SEKOLAH RENDAH
|
|
|
|
NAMA PENUH |
Nurul Fathonah bt Muhd Faqli |
|
TARIKH LAHIR |
12/04/2011 |
|
TINGGI |
125 CM |
|
BERAT |
23 KG |
|
UMUR |
10 Tahun |
|
SEKOLAH |
Sekolah Kebangsaan Batu 48, Dungun |
|
HOBI |
Membaca dan Melayari Internet |
|
CITA-CITA |
Guru |
|
WARNA KESUKAAN |
Merah jambu |
|
MAKANAN KEGEMARAN |
Milo Ais |
|
BIL ADIK BERADIK |
4 |
|
ANAK KE |
1 |
|
UMUR KETIKA PANDAI |
Mengira 1-10: 3 tahun Mengenal ABC: 4 tahun Mengenal alif ba ta: 4 tahun |
|
JAWATAN YANG DI SANDANG DI SEKOLAH |
Pengawas Pusat Sumber Sekolah |
|
PENGLIBATAN DALAM KOKURIKULUM |
Pertandingan Vlog (Video Ulas Bedah Buku Bacaan) |
5.0 RASIONAL KAJIAN PEMERHATIAN
Perbezaan individu yang mempunyai kepelbagaian wujud antara
kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah ini perlu dikaji dan difahami dengan
sebaiknya dalam membantu untuk memahami gaya pembelajaran dan diselitkan dengan
latar belakang budaya setiap murid dalam menentukan strategi pengajaran yang
lebih berkesan. Ini dapat menunjukkan
betapa pentingnya untuk memahami serta mengetahui gaya pembelajaran kanak-kanak
yang membawa kefahaman kepada mereka terhadap sesuatu perkara. Perbezaan
individu ini akan membawa kesan kepada gaya dan corak pembelajaran mereka. Demi mencapai objektif pengajaran dan
pembelajaran, kajian ini dibuat menerusi kaedah pemerhatian ini adalah untuk
memahami dan mengenali setiap jenis kanak-kanak yang berbeza, impak kesan
psikologi yang ada dapat mencapai kejayaan daripada hasil pembelajaran mereka
di sekolah mereka sama ada di peringkat prasekolah mahupun sekolah rendah.
Semasa saya menerima tugasan ini, saya mula mendapatkan maklumat
pelajar prasekolah dan sekolah rendah sekitar kawasan perumahan saya untuk
dijadikan sebagai responden. Akhirnya, saya menemui dua orang responden yang
diperlukan atas kriteria yang sepadan seperti yang diperlukan. Responden
pertama adalah Adnin Nuha (5 tahun) dari prasekolah manakala responden kedua
adalah Fathonah (11 tahun) dari sekolah rendah. Menerusi pemerhatian saya,
kedua-dua responden ini memenuhi kriteria yang diperlukan. Berdasarkan kriteria
responden yang diminta dalam kajian ini adalah kanak-kanak yang hendak di pilih
mestilah dalam kalangan murid prasekolah yang usianya sekitar 4 hingga 6 tahun
dan kanak-kanak sekolah rendah sama ada
di tahap tahun 1 hingga tahun 6. Oleh
itu, Nuha dan Fathonah bertepatan dengan kriteria umur yang dikehendaki.
Selain itu, proses pemerhatian ini berjalan semasa responden dalam
keadaan sedar mahupun tidak sedar mereka sedang diperhatikan. Malah, saya
memilih mereka yang sama jantina adalah supaya tidak timbul soal bias ketika
pemerhatian dijalankan. Selain itu, ia selari dan bersesuaian dengan tahap
perkembangan yang ingin diuji dan laksanakan terhadap mereka. Menariknya adalah kerana mereka mesra dan mematuhi arahan yang
diberikan. Hal ini menjadikan segala pelaksanaan dan proses menjalankan kajian
mudah dan berjalan dengan baik.
6.0 TEORI PERKEMBANGAN
Perkembangan kanak-kanak pula merupakan bidang yang mengkaji tahap
dan potensi seseorang dari bayi sehingga dewasa. Perkembangan kanak-kanak ialah
kajian proses dan mekanisme yang bertindak sewaktu perkembangan fizikal dan
mental seorang bayi menjadi orang dewasa (Wikipedia). Bidang ini muncul pada
awal abad ke-20 tetapi hanya cenderung kepada tingkahlaku tidak normal sahaja.
Kemudiannya, barulah bidang ini semakin meluas dan mendapat perhatian dengan
adanya pelbagai teori yang dikemukakan oleh ahli-ahli psikologi.
Teori-teori yang dikemukakan oleh para ahli psikologi ini
melibatkan empat aspek yang utama iaitu perkembangan kognitif, sosial, emosi
dan fizikal. Terdapat juga ahli psikologi yang mengkaji perkembangan bahasa.
Setiap aspek ini adalah perlu untuk dikaji dan diketahui kerana melalui cara ini
kita dapat lebih memahami seseorang. Antara ahli-ahli psikologi yang terkenal
dengan teori perkembangan ialah Jean Piaget, Arnold Gessel, Robert Havighurst,
Erik Erikson dan Sigmund Freud. Walaubagaimanapun, tidak kesemua teori yang
diperkenalkan berkaitan dengan pembangunan pendidikan kanak-kanak di negara
kita.
6.1 PERKEMBANGAN
KANAK-KANAK (PRASEKOLAH)
Jean Piaget, ahli psikologi Switzerland telah mengasaskan teori
perkembangan kognitif yang menjelaskan tentang kaedah manusia mmempersepsi ilmu
dan membina hipotesis serta bagaimana minda manusia membina skemata dan
melaksanakan proses asimilasi dan akomodasi dalam membina ilmu. Menurut Piaget
dalam Haliza dan Joy (2011), proses pemikiran manusia berubah secara menyeluruh
bermula selepas lahir sehingga manusia mencapai tahap kematangan.
Peringkat umur kanak-kanak prasekolah ini merujuk kepada teori
Piaget pada peringkat kedua iaitu peringkat pra-operasi yang berlaku dari umur
2 tahun hingga 7 tahun. Pada peringkat ini kanak-kanak akan mula membentuk skema-skema
baru. Mereka mempunyai kebolehan untuk mewakili sesuatu dengan sesuatu simbol,
menceritakan pengalaman menggunakan ayat-ayat mudah dan mereka juga akan meniru
atau mengajuk perwatakan yang pernah dilihat. Hal ini dapat diperhatikan
menerusi responden pertama, Nuha yang mampu menjawab pertanyaan-pertanyaan
mudah yang diajukan. Malah Nuha mampu meniru kembali apa yang dilihat dengan
peniruan yang hampir 90 peratus persamaannya. Apabila Nuha melihat dialog upin
Ipin di televisyen, Nuha mampu mengulangi kembali ayat tersebut dengan agak
sempurna susunannya.
Manakala, teori yang diperkenalkan oleh Erik
Erikson ini menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu-individu di
persekitaran kana-kanak fasa prasekolah pula dapat dilihat menerusi peringkat
umur 4-6 tahun teori ini. Ia dikenali peringkat Inisiatif lawan rasa bersalah.
Erikson menyatakan kanak-kanak usia ini mula pandai dan cuba untuk berdikari,
ada inisiatif untuk melakukan sesuatu sendiri, sekiranya gagal boleh membawa
rasa bersalah. Nuha mampu membasuh tangan dan pinggan sendiri tanpa disuruh.
Apabila ditanya, Nuha menjawab dia pernah melihat ibunya akan membasuh tangan
dan pinggan sendiri selepas makan. Oleh itu, Nuha cuba berusaha untuk melakukan
perkara sama. Walaupun diminta untuk tidak meneruskan usahanya membasuh
pinggan, dia tetap dengan pendirian bahawa mahu tolong ibunya kerana kasihan
melihat ibunya basuh pinggan mangkuk lain seorang diri.
6.1 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (SEKOLAH RENDAH)
Menurut Piaget kanak-kanak pada peringkat
ini sedang menjalani operasi konkrit (7-11 tahun). Kanak-kanak fasa ini sudah
mampu berfikir secara logik dan memahami proses transformasi, keterbalikan dan
menaakul. Fasa sekolah rendah juga menjalani peringkat terakhir di dalam teori
Piaget iaitu peringkat operasi formal. Peringkat ini bermula ketika umur 11
tahun. Mereka sudah boleh berfikir secara abstrak, membuat hipotesis, berfikir
secara sistematik dan boleh melakukan proses mental ke atas idea-idea dan
membuat andaian berdasarkan fakta.
Manakala menurut Erikson pula kanak-kanak
usia sekolah rendah ini sedang melalui peringkat Industri lawan rasa rendah
diri. Kanak-kanak mula usaha dan cuba menguasai kemahiran-kemahiran tertentu di
alam persekolahan, kegagalan akan membawa rasa rendah diri dan tiada keupayaan.
Hal ini dapat dilihat pada diri Fathonah ketika di dalam kelas dia bersaing
dengan sepupunya yang berlainan jantina. Pernah suatu ketika fathonah mendapat
tempat ke-2 di dalam kelas membelakangi sepupu lelakinya yang mendapat tempat
pertama di dalam kelas. Waktu itu, Fathonah tidak dapat menahan rasa rendah
diri sehingga menangis dan menyembunyikan diri di dalam bilik. Namun, setelah
dipujuk dan diberi semangat oleh ibubapa dan ahli keluarga lain, Fathonah mula
bersemangat kembali dan cuba untuk lakukan lebih baik di masa akan datang.
Akhirnya, Fathonah berjaya mendahului sepupunya pada ujian berikutnya.
7.0 ASPEK PERKEMBANGAN FIZIKAL
Aspek fizikal ini adalah perbezaan yang diwarisi. Melalui aspek
fizikal kita dapat memerhatikan perbezaan individu dari segi kelihatan luaran
seperti paras rupa, susuk badan dan sebagainya serta fizikal yang tidak boleh
lihat iaitu fizikal dalaman seperti saiz otak dan jumlah neuron. Ini dapat kita lihat perbezaan perkembangan saiz
badan kanak-kanak perempuan pada usia prasekolah dan sekolah rendah adalah
berbeza. Malah ia berkait rapat dengan genetic warisan yang diturunkan menerusi
ibubapa masing-masing.
Berdasarkan pemerhatian saya terhadap Nuha merupakan kanak-kanak
yang sihat. Fizikal Nuha adalah sempurna dan tiada kecacatan. Dia mewarisi
warna kulit dan paras rupa ibunya berbanding bapanya. Ketinggian Nuha juga
tidaklah terlalu pendek atau tidaklah terlalu tinggi pada usianya itu. Nuha
juga merupakan seorang kanak-kanak perempuan yang mempunyai BMI yang normal.
Nuha juga tidak mempunyai sebarang penyakit yang membahayakan.
Seterusnya, berdasarkan pemerhatian saya terhadap Fathonah pula
ialah saya mendapati bahawa Fathonah juga kanak-kanak yang sihat. Dia juga
tidak mempunyai sebarang penyakit yang membahayakan .Fathonah merupakan seorang
kanak-kanak perempuan yang mempunyai BMI yang normal. Dia mempunyai susuk badan
yang kurus dan agak tinggi mempunyai kemahiran jasmani untuk bermain bola
jaring. Selain itu, jika dilihat juga Fathonah mewarisi rupa paras dan warna
kulit mengikut ibunya berbanding ayahnya. DIa mewarisi ibunya memakai spek mata
kerana rabun. Bapanya tidak mempunyai masalah rabun.
8.0 ASPEK KOGNITIF
Setiap individu berbeza dari segi keupayaan berfikir, belajar,
mengingat, menaakul, menganalisis serta bakatnya. Kanak-kanak juga mempunyai aras kognitif yang
berlainan. Mereka mungkin memproses
rangsangan-rangsangan yang diterima daripada persekitaran dengan cara-cara yang
berlainan. Lebih-lebih lagi mereka berada di institusi pendidikan yang berbeza.
Masing-masing dari prasekolah dan sekolah rendah yang semestinya mempunyai
persekitaran yang berbeza.
Jika dilihat Nuha merupakan pelajar prasekolah di Pusat Asuhan
Tunas Islam (PASTI). PASTI ialah institusi pendidikan yang ditubuhkan sebagai salah
satu institusi prasekolah pilihan kepada masyarakat yang mencintai pendidikan
Islam. Justeru itu, ia memainkan peranan yang penting dalam memberi alternatif
pendidikan Islam kepada masyarakat. PASTI mempunyai pengisian dan misinya yang
tersendiri, iaitu melahirkan insan yang beriman dan beramal soleh. Kurikulum
PASTI juga dibangunkan untuk mencapai matlamat tersendiri iaitu Membaca,
Menulis, Mengira, Menghafal dan Mengamalkan Ilmu yang Dipelajari. Nuha
mempunyai pengalaman di PASTI ketika usia 4 tahun lagi, dimana ketika itu
kaedah yang dijalankan di PASTI adalah lebih kepada konsep “Belajar Melalui
Bermain” yang sering diselaraskan dengan sifat semula jadi kanak-kanak iaitu
bermain, ingin tahu dan mencuba.
Manakala bagi Fathonah pula di sekolah rendah menjalani
persekitaran pembelajaran yang berpandukan kementerian Pendidikan yang
berasaskan Kurikulum Standars Sekolah Rendah (KSSR) yang mana mengikut lunas
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan kanak-kanak sekolah rendah
yang berakhlak mulia, bersepadu dan menyeluruh pengetahuannya. Kelebihan
mengikuti program di sekolah kebangsaan adalah Fathonah mampu mempelajari
banyak perkara demi merealisasikan matlamat pendidikan Kebangsaan. Persaingan
sihat di dalam kelas juga ditonjolkan oleh Fathonah.
9.0 ASPEK EMOSI DAN TINGKAH LAKU
Setiap kanak-kanak mempunyai tahap emosi yang berlainan. Hal ini demikian kerana mereka berasal
keluarga yang mempunyai tahap sosio-emosi dan kemahiran-kemahiran sosial yang
berlainan. Emosi ini juga boleh jadi berasal dari ibu bapa. Tahap kecerdasan
emosi ini adalah berbeza. Contoh emosi, ketakutan, sensitif, cepat marah,
pemalu, pasif dan sebagainya. Lebih-lebih
lagi jika perbezaan emosi mengikut usia kanak-kanak.
Menerusi pemerhatian yang dibuat Nuha mempunyai emosi yang agak
garang tetapi tegas. Walaupun usianya masih kecil, Nuha sangat tegas mungkin
hasil didikan ibunya seorang guru di sekolah rendah kebangsaan. Nuha bijak
dalam memberi arahan tegas kepada sesiapa di persektarannya. Contohnya, Nuha
meminta sepupunya buang sampah yang dibuang oleh sepupunya di atas lantai. Nuha
seolah-olah memberi arahan kepada seseorang seperti gaya seorang guru. Hal ini
mungkin mewarisi ibunya dan mengulang tiru gaya didikan ibunya di rumah
seterusnya diaplikasikan pada persekitran bersama kawan-kawan.
Nuha juga mempunyai tingkah laku cerewet tetapi cermat. Nuha akan
menyusun kembali barang mainan yang telah dikeluarkan dari tempat asal mengikut
susunan asal. Jika dia mendapati susunan yang dikemas tidak sama dengan yang
asal, dia akan berusaha untuk menyusun sehingga capai kepuasan hatinya. Tingkah
laku Nuha agak sopan kerana sentiasa duduk dalam keadaan yang beradab di
hadapan orang yang lebih tua dan dia sangat hormat orang lebih tua dengan
sifatnya yang suka senyum dan salam dengan orang yang lebih tua darinya.
Manakala, menerusi pemerhatian terhadap Fathonah, dia lebih emosi
yang penuh kesabaran pada setiap perkara. Fathonah merupakan anak sulung dalam
keluarga. Dia akan berusaha sedaya upaya untuk tidak memarahi adik-adiknya
tetapi lebih suka untuk menasihati adik-adiknya ketika mereka buat kesalahan.
Hal ini mungkin boleh jadi mewarisi ibunya seorang pegawai kewangan di pejabat
kerajaan yang sentiasa perlu sabar dengan kerenah klien dan ibunya juga sangat
bersabar dengan kerenah anak-anak dirumah. Ibunya tidak pernah meninggikan
suara dengan anak-anak. Seolah-olah anak-anak tidak tahu cara untuk memarahi.
Gaya suara dan bahasa ibunya diwarisi oleh anaknya yang sulung iaitu Fathonah.
Oleh yang demikian, emosi dan tingkah laku kedua-dua individu ini
mempengaruhi proses pembelajaran mereka di sekolah. Mereka berdua mempunyai
karekter dan personality yang berbeza namun keduanya mempunyai impak positif
dalam diri. Hasil didikan ibubapa mereka di rumah empengaruhi psikologi
perkembangan emosi dan tingkah laku mereka di luar rumah juga. Anak-anak banyak
terdidik dengan hasil didikan ibubapa mereka yang sentiasa dengan anak-anak.
Penulis mendapati kedua-dua ibubapa responden adalah ibubapa yang cemerlang
didikan anak-anak kerana mereka akan sentiasa meluangkan masa duduk bersembang dan
bercerita dengana anak-anak tidak jemu walaupun mereka kepenatan bekerja. Hal
ini turut memberi kesan kepada penulis sepanjang menjalankan kajian ini.
10.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, kajian terhadap pemerhatian duan individu
kanak-kanak yang berbeza usia ini adalah adalah suatu kajian yang memberi
implikasi positif buat penulis kerana penulis merupakan bakal guru. Kajian ini telah membuka minda dan membina
jati diri bagaimana hendak seorang guru untuk membimbing murid pada usia dan
fasa perkembangan yang berbeza. Perkembangan kanak-kanak merupakan satu ilmu
yang harus dipelajari dan difahami oleh semua pihak terutama guru.
Impak daripada pemahaman mengenai ilmu ini begitu besar sehingga
mampu mewujudkan satu perubahan yang besar ke dalam sesebuah sistem pendidikan.
Ilmu perkembangan kanak-kanak bukan sahaja mengajar mengenai tahap perkembangan
kanak-kanak secara fizikal, emosi, kognitif tetapi ilmu yang diterapkan begitu
meluas dan impak pembelajarannya juga meluas.
Guru merupakan pihak utama yang harus menguasai ilmu perkembangan
kanak-kanak kerana guru merupakan individu pertama yang berperanan dalam
mendidikan kanak-kanak. Pemahaman guru mengenai perkembangan kanak-kanak akan
mampu memartabatkan lagi profesion perguruan kerana guru akan lebih memahami
nilai dan sifat kanak-kanak pada tahap-tahap tertentu termasuklah dari aspek
intelek, sosial dan jasmani murid.
Melalui kajian dan pemerhatian yang dibuat, Teori Perkembangan
Kognitif Piaget dan Teori Perkembangan Psikososial Erikson telah memberi satu
dimensi baru di dalam sistem pendidikan Malaysia. Pemahaman dan kesedaran pihak
pusat serta badan pelaksana yang utama mengenai prinsip atau konsep teori-teori
ini menyebabkan dasar dan kurikulum baru yang dibentuk banyak menerapkan teori
ini yang boleh membantu negara kita mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Kesimpulannya, implikasi perkembangan kanak-kanak terhadap guru dan
sistem pendidikan negara adalah sangat besar. Perkembangan kanak-kanak juga
telah menyebabkan berlakunya satu anjakan paradigma dalam sistem pendidikan
negara terutama di dalam pembangunan pendidikan kanak-kanak di Malaysia.
RUJUKAN
Soetjiningsih, C. H. (2018). Seri Psikologi Perkembangan: Perkembangan Anak Sejak Pembuahan Sampai dengan Kanak-Kanak Akhir. Kencana.
Yus, A. (2015). Penilaian perkembangan belajar anak taman kanak-kanak. Kencana.
Jannah, M. (2015). Tugas-tugas perkembangan pada usia kanak-kanak. Gender Equality: International Journal of Child and Gender Studies, 1(2), 87-98.
Puteh, S. N., & Ali, A. (2016). Pendekatan bermain dalam pengajaran bahasa dan literasi bagi pendidikan prasekolah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(2), 1-16.
Jantan, R. (2013). Faedah bermain dalam perkembangan kanak-kanak prasekolah (4–6 tahun). Dlm. Mahizer Hamzah.(pngr.). Trend dan isu: Pengajaran dan pembelajaran (hlm. 59-69). Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Abas, W. A. W., & Hamzah, A. (2017). Media dalam kehidupan dan perkembangan kanak-kanak. Malaysian Journal of Media Studies, 15(2), 27-39.
Rohani Abdullah., (Edisi 2), Perkembangan Kanak-kanak: Penilaian Secara Portfolio, (2003), Penerbitan Universiti Putra Malaysia.


No comments:
Post a Comment