Terima kasih buat semua pensyarah yang mengajar kami ... :)
ANALISIS KEBERKESANAN PROGRAM PERKHEMAHAN INTEGRASI KOKURIKULUM SMK JALAN KEBUN TAHUN 2013
FAKULTI KOTEMPORARI ISLAM
DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (DPP)
SEKOLAH DAN MASYARAKAT
ANALISIS KEBERKESANAN PROGRAM
PERKHEMAHAN INTEGRASI KOKURIKULUM SMK JALAN KEBUN TAHUN 2013
Disediakan untuk:
Dr Rosmani binti Ali
Disediakan oleh:
NUR FADLILLAH BINTI MUHAMAD NAZAR (061291)
ANALISIS KEBERKESANAN PROGRAM
PERKHEMAHAN INTEGRASI KOKURIKULUM SMK JALAN KEBUN TAHUN 2013
ABSTRAK
Antara usaha Kementerian Pendidikan Malaysia adalah ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti dengan mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025. Jesteru itu, tugasan ini memberi kemahiran kepada pelajar dari aspek menghasilkan tugasan untuk menilai keberkesanan program yang dilaksanakan di sekolah bagi memenuhi tuntutan kelainan dan keperluan pelajar, budaya sekolah dan tuntutan profesion guru sebagai penggerak perubahan masyarakat yang berkesan.
Kata kunci: kemenjadian, keberkesanan,
program sekolah.
1.0 PENDAHULUAN
Bagi merealisasikan aspek kemenjadian murid yang terkandung dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025, pelbagai usaha telah
dilakukan oleh pelbagai pihak di seluruh institusi pendidikan negara ini.
Antara usaha yang dilakukan adalah melibatkan murid di setiap peringkat untuk
menyertai program yang dianjurkan di sekolah. Penglibatan murid secara komited
dalam menjayakan usaha yang dilakukan oleh pihak penganjur ini menunjukkan
objektif mencapai aspek kemenjadian murid adalah tercapai.
Menurut Amran, H. A., Majid, R. A., & Ali, M. M. (2019), sistem
pendidikan negara kita adalah ke arah melahirkan murid yang sentiasa memperkembangkan
potensi diri , berkemahiran insaniah serta modal insan yang bersifat holistik
dan progresif. Oleh sebab itu, pihak sekolah dalam kalangan guru-guru mula
merangka dan merancang pelbagai jenis program untuk mencapai tujuan tersebut. Justeru
itu, di dalam lembaran tugasan ini akan memilih satu program yang menjadi
contoh salah satu aktiviti ke arah kemenjadian murid.
Sehubungan dengan itu, fokus tugasan ini adalah untuk mengulas dan membincangkan
secara khusus terhadap keberkesanan program tersebut. Oleh yang demikian, beberapa
artikel telah dibaca dan diteliti dengan baik untuk memahami konteks
perbincangan mengenai kaitan yang memberi impak dalam program yang dipilih ini.
Seterusnya menghuraikan kesimpulan yang memenuhi objektif dan kehendak subjek
sosiologi, Sekolah & Masyarakat yang sedang dipelajari.
Oleh itu, bersumberkan rujukan internet, penulis menemui satu
program Perkhemahan Integrasi Kokurikulum Smk Jalan Kebun. Menerusi laporan
yang diambil, penulis mengambil langkah untuk meneliti keseluruhan isi
kandungan laporan. Seterusnya, ulasan serta komentar untuk melihat keberkesanan
program ini dinyatakan di bahagian berikutnya.
2.0
METODE TUGASAN
3.0 OBJEKTIF TUGASAN
Tujuan dan objektif kertas kerja ini dibuat adalah seperti berikut:
A)
Menyatakan sinopsis
dan latar belakang program yang dipilih.
B)
Menganalisa
keberkesanan pelaksanaan program menerusi objektif yang digariskan.
C)
Memberi komentar
bagi kelemahan dan kekurangan program jika ada.
D)
Memberi cadangan
bagi penambah baikan dalam program.
Melalui tujuan dan objektif yang ingin dicapai di atas, banyak
penelitian dibuat agar maklumat yang bakal disampaikan memenuhi kriteria
objektif tugasan yang diingini. Malah dengan penelitian yang dibuat menambahkan
ilmu pengetahuan dan daya fikir secara intelektual.
4.0 LATAR BELAKANG PROGRAM
Secara ringkas dan sinopsisnya, laporan ini berkisar tentang Program
Perkhemahan Integrasi Kokurikulum 2013. Program ini dianjurkan oleh Unit
Bimbingan & Kaunseling Smk Jalan Kebun Seksyen 32, Shah Alam. Tempoh
perkhemahan ini adalah selama 3 hari 2 malam yang bertempat di Warisan Bernam
Heritage Agro Country Resort, Tanjung Malim, Perak. Program ini merupakan
sebuah program yang melibatkan 120 orang pelajar yang terdiri daripada pelbagai
unit beruniform dan bersama mereka 5orang guru pengiring yang bermalam di sana.
Matlamat program lawatan ini adalah berfokus untuk memberi
kefahaman yang menyeluruh dengan tujuan untuk melatih di samping membina semangat
dan sahsiah para peserta dari unit beruniform SMK Jalan Kebun agar menjadi
lebih berwibawa dan sentiasa dapat bertugas dengan lebih cemerlang di sekolah.
Maka dirasakan amat perlu diadakan satu program seperti perkhemahan ini dibuat
agar dapat membina semula keyakinan diri serta kecemerlangan di kalangan murid.
Program ini diadakan demi mencapai beberapa objektif antaranya
murid dapat memupuk semangat bertanggungjawab dalam diri mereka. Seterusnya,
penglibatan mereka dalam perkhemahan ini memberi pendedahan baru kepada pelajar
unit beruniform sekolah melalui kem kepimpinan ini.Selain itu, objektif dalam
melaksanakan aktiviti seperti ini adalah untuk mewujudkan sikap kepimpinan dan
pengetahuan sedia ada untuk menjalani aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan.
Oleh yang demikian, pihak penganjur dari unit bimbingan dan
kaunseling sekolah ini mengadakan pelbagai aktiviti seperti ‘treasure hunt’,
‘kembara malam’, ‘ikhtiar hidup’, ‘malam kebudayaan, riadah dan sebagainya.
Semua aktiviti ini memupuk semangat kerjasama antara kumpulan dan sikap
berdikari dalam diri murid (Sauki, 2014). Selain itu semangat inkuiri (ingin
tahu) dalam diri murid ini membantu murid mendapatkan ilmu pengetahuan tentang kemahiran
yang sepatutnya mereka ketahui ketika berhadapan dengan cabaran dalam hidup.
5.0 ULASAN LAPORAN
5.1 PENULISAN LAPORAN
Laporan yang diperoleh ini mempunyai maklumat
yang dinyatakan dengan jelas berkaitan dengan masa, tarikh, dan tempat program.
Dalam sesebuah laporan, aspek waktu adalah amat penting dan perlu dinyatakan di
dalamnya. Menurut Iman A. (2016), sesebuah penulisan laporan mestilah mudah
difahami dengan jelas keadaannya, ringkas dan padat. Selain itu, laporan
program ini dinyatakan juga analisa kelemahan dan kekuatan bagi program yang telah
mereka jalani. Oleh yang demikian, laporan ini amat berguna kepada pelaksana
program di masa akan datang yang ingin merancang program seperti ini sebagai
rujukan mereka.
Menurut Iman A. (2016) dalam artikelnya
menyatakan penulisan sesebuah laporan mestilah mempunyai format dan standard
tertentu. Walaupun laporan yang dibuat itu adalah hanya tujuan pelaporan
sesebuah program atau aktiviti yang telah dijalankan. Tambahan pula, jika
laporan yang hendak dibuat adalah berbentuk penulisan ilmiah, sewajarnya
laporan dibuat dengan format yang kemas dan tersusun supaya ia dapat memberi
manfaat seterusnya menjadi sebuah rujukan berguna kepada generasi akan datang
yang memerlukan.
5.2 PELAKSANAAN PROGRAM
Pelapor mengemukakan laporan lengkap
menceritakan perjalanan aktiviti perkhemahan ini dari hari pertama sehinga hari
ke tiga. Proses penceritaan yang ditulis oleh pelapor jelas, ringkas dan amat
mudah difahami. Natijahnya, perjalanan program perkhemahan ini dapat dilihat
kaedah pelaksanaannya berjalan mengikut apa yang dirancang dan berjalan dengan
baik. Tambahan pula antara kekuatan yang dilaporkan adalah kefahaman dan
komitmen tugas yang dijalankan oleh setiap jawatankuasa amat memberangsangkan.
Selari dengan itu, setiap jawatankuasa menyebabkan agenda perkhemahan ini
beroleh kejayaan.
Selain itu, di dalam laporan ini turut
dinyatakan carta organisasi pelaksana program yang terdiri daripada pengerusi
yang menjawat jawatan pengetua sekolah. Tugas penasihat bagi unit beruniform
ini adalah Penolong Kanan Kokurikulum. Manakala, program ini diketuai oleh penyelaras
unit Bimbingan dan Kaunseling iaitu ketua kaunselor bagi sekolah ini. Tugas
ketua kaunselor inilah yang akan memastikan setiap jawatankuasa yang disandang
oleh guru-guru lain berderak atas amanah dan tanggungjawab mereka yang
tersendiri. Melalui organisasi yang disediakan ini dapat dilihat jawatankuasa
yang ditetapkan adalah bersesuaian dengan program yang telah dilaksanakan.
Peranan setiap jawatankuasa dalam
organisasi ini membantu melancarkan program yang dirancang ini berjalan dengan
baik. Sebagaimana dalam artikel tulisan Rosyadi, Y. I., & Pardjono, P.
(2015) menyatakan sesebuah organisasi kerja mestilah bertanggungjawab dalam
setiap jawatan yang dipegang dan menjadikan ketua atau penasihat sebagai
rujukan jika mempunyai persoalan atau sebarang permasalahan yang timbul ketika
proses gerak kerja dijalankan.
5.3 PENILAIAN OBJEKTIF PROGRAM
Menerusi laporan yang dikaji ini,
objektif keseluruhan program perkhemahan ini adalah untk memupuk semangat
bertanggungjawab di kalangan murid. Oleh yang demikian, objektif ini adalah
tercapai apabila murid dapat melaksanakan arahan yang diberikan oleh guru
dengan baik. Selain itu juga, murid diberi pendedahan baru berkaitan dengan
aspek-aspek kemahiran yang pelbagai agar murid dapat berhadapan dengan pelbagai
cabaran dalam kehidupan. Objektif ini juga dilihat berjaya dicapai dalam
perkhemahan ini.
Tamahan pula, murid dapat mewujudkan
sikap kepimpinan dan pengetahuan sedia ada untuk menjalani aktiviti-aktiviti
yang akan dijalankan. Dalam perkhemahan ini, banyak aktiviti yang dilakukan
membantu meningkatkan mutu kepimpinan dalam diri murid. Oleh yang demikian,
hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin melahirkan murid yang berkepimpinan
dan berketrampilan.
Oleh yang demikian, secara keseluruhannya, penganjur
dari unit bimbingan dan kaunseling sekolah ini dapat mencapai objektif program
mereka apabila beberapa bukti yang dilihat dalam laporan ini. Kesannya dapat
dilihat menerusi bukti gambar-gambar yang dilampirkan dalam laporan ini
berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan. Sebagaimana yang dinyatakan dalam
artikel Beard & Wilson (2002), murid akan belajar sesuatu yang berharga
menerusi pengalaman yang diperoleh menerusi aktiviti luar kelas. Hal ini
merupakan salah satu medium yang pembelajaran berasaskan pengalaman (experiential
learning).
5.4 ASPEK KEMENJADIAN MURID
Setelah kajian dibuat menerusi laporan dan beberapa bacaan artikel
berkaitan dengan implikasi ke atas pelajar menerusi penglibatan murid dalam
aktiviti kokurikulum. Penglibatan murid ini menunjukkan aspek kemenjadian murid
yang ingin diterapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Selain itu,
kesan penglibatan murid dalam program kokurikulum seperti ini membentuk
keperibadian murid (Michael, 2019). Salah satu aktiviti kokurikulum adalah
perkhemahan yang dijalankan lebih dari dua hari dan bermalam di kawasan
perkhemahan tersebut.
Menurut kajian artikel Program penglibatan murid dalam perkhemahan
telah didapati berkesan dalam mebangunkan kualiti diri individu (Moseley,
Reinke, & Bookout, 2002), meningkatkan kualiti kepimpinan (Bryan &
Starr, 2005), menambah keprihatinan terhadap alam sekitar (Md Amin, 2010) dan membentuk
kesepaduan kumpulan (Jaffry, 2008). Ketiga-tiga implikasi yang dibawakan ini
adalah sesuatu yang membentuk aspek kemenjadian murid sepertimana yang
termaktub dalam falsafah pendidikan kebangsaan.
Oleh yang demikian, penglibatan pelajar di uar sekolah seperti
menyertai program perkhemahan ini amat digalakkan untuk meningkatkan mutu jati
diri pelajar kea rah yang lebih baik dan terarah.
6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM
Sebagai cadangan dan saranan terhadap program perkhemahan yang telah
dilaksanakan ini adalah dengan mengadakan program seperti ini secara tahunan.
Program yang baik seperti ini telah banyak kajian oleh para ilmuan tentang
kesan positif ke dalam diri murid. Menurut Pelbagai kajian Mohd Said, O. F.
(2016) program perkhemahan membentuk kesepaduan kumpulan murid. Selain itu,
murid menunjukkan perubahan yang ketara terhadap aspek komunikasi, kepercayaan
dan keupayaan meningkatkan keyakinan dalam diri.
Selain itu, program seperti ini boleh dilibatkan semua pelajar
secara berkala bermula dari peringkat menengah rendah juga. Penglibatan mereka
membentuk kepimpinan mereka seawall mungkin sejak penglibatan awal mereka ke
peringkat menengah ini sekaligus kesan positif tertanam dalam diri mereka juga.
Seterusnya, kesediaan mereka ke menengah atas lebih terurus dan guru-guru
pastinya akan merasa lega dengan kemenjadian murid mereka yang telah sampai ke
tahap yang maksima (M Said,2016).
7.0 KESIMPULAN
Sebagai rumusannya, program kokurikulum seperti perkhemahan ini
amat memberi impak yang berkesan ke dalam diri murid. Hal ini menunjukkan
pekhemahan ini menggabungkan pelbagai aktiviti rekreasi, sosial, dan ibadat
dalam proses pendidikan.
Dalam dunia moden hari ini, penglibatan pelajar dalam menimba ilmu
kemahiran di luar kelas ini disifatkan sebagai sesuatu pencapaian yang merentas
kurikulum. Oleh yang demikian, hasrat falsafah kebangsaan negara kita ini dapat
direalisasikan dengan baik.
Amran, H. A., Majid, R. A., & Ali, M. M. (2019). Cabaran Guru Pendidikan Khas Pada Abad Ke-21. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 4(26), 113-122.
Beard, C., & Wilson, J. P. (2002). The power of experiential learning: A handbook for trainers and educators. London: Kogan Page Limited.
Bryan, V., & Starr, M. (2005). The Experience of Being a Leader during a Low Ropes Course Program and Being a Leader at Work: An Heuristic Inquiry. Journal of Experiential Education, 27(3), 336-339.
Iman, Abdul. (2016). Kaedah Penyelidikan & Penulisan Laporan Projek Tahun Akhir. 10.13140/RG.2.1.5174.2486.
Jaffry, Z. (2008). The effects of National Service programme in Perlis state on group cohesion. Masters UNpublished masters thesis, University Putra Malaysia, Serdang.
Malaysia, K. P. (2013). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Mohd Said, O. F. (2016). Kesan program perkhemahan pendidikan luar terhadap sikap alam sekitar dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Daerah Sabak Bernam (Doctoral dissertation, Universiti Pendidikan Sultan Idris).
Md Amin, M. T. (2010). The effects of residential outdoor education camps on environmental attitudes and knowledge of first year undergraduate students from selected Malaysian universities. Doctoral Unpublished doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia, Serdang.
Muhamad Sauki, R., Sheriza Nur, K., & Che Zawawi, C. H. (2014). Pengurusan Kokurikulum: Penyertaan Murid Dalam Pasukan Beruniform Kadet Remaja Sekolah. Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan, 28(2), 91-105.
Moseley, C., Reinke, K., & Bookout, V. (2002). The effect of teaching outdoor environmental education on preservice teachers' attitudes toward self-efficacy and outcome expectancy. The Journal of Environmental Education, 34(1), 9.
Michael, S. and Ambotang, A. S. (2019) “Hubungan Pengurusan Kokurikulum dengan Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Kokurikulum Sekolah Menengah”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 4(7), pp. 202 - 207. doi: https://doi.org/10.47405/mjssh.v4i7.318.
Rosyadi, Y. I., & Pardjono, P.
(2015). Peran kepala sekolah sebagai manajer dalam meningkatkan mutu pendidikan
di smp 1 cilawu garut. Jurnal Akuntabilitas Manajemen Pendidikan, 3(1),
124-133.
No comments:
Post a Comment