Terima kasih buat semua pensyarah yang mengajar kami ... :)
JENIS, CIRI & KAEDAH PENGUJIAN [ASSIGNMENT DWP10503]
FAKULTI KOTEMPORARI ISLAM
DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (DPP)
DWP10503
PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN
Tajuk Tugasan:
JENIS, CIRI-CIRI DAN KAEDAH
PENGUJIAN DALAM PENTAKSIRAN
Disediakan untuk:
TN. HJ. MAZLAN BIN IBRAHIM
Disediakan oleh:
|
BIL |
NAMA PENUH |
NO PELAJAR |
NO IC |
|
1 |
NUR FADLILLAH BINTI MUHAMAD NAZAR |
|
|
|
2 |
SYED AIDIL HASSANI BIN SAYED HASSAN |
|
|
|
3 |
NUR NABILAH BINTI KAMARUDDIN |
|
|
|
4 |
NURNADIRAH BINTI NGAH |
|
|
1.0.
PENGENALAN
Sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan adalah tidak sejajar
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bermatlamatkan untuk melahirkan
individu yang menyeluruh dan bersepadu. Menurut Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
terdapat enam ciri utama yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global iaitu pengetahuan,
kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan
kerohanian, dan identiti nasional.
Peperiksaan awam sumatif tidak sepatutnya memberikan apa-apa impak
negatif terhadap murid. Namun, peperiksaan awam yang dilaksanakan sekarang tidak menguji
kesemua kemahiran yang dihasratkan dalam sistem pendidikan negara. Kebanyakan
soalan peperiksaan dapat dijawab melalui ingat kembali semata-mata. Murid hanya
perlu menghafal kandungan mata pelajaran seterusnya menulis semula apa-apa
fakta yang diingati semasa menjawab soalan peperiksaan.
2.0.
JENIS PENGUJIAN
Terdapat beberapa jenis pengujian dalam pentaksiran pembelajaran
yang boleh di ambil kira untuk diguna pakai. Jenis pengujian yang pertama ialah
pentaksiran formatif dan sumatif.
2.1.
FORMATIF DAN SUMATIF
Pentaksiran formatif ialah proses pembelajaran yang membolehkan
guru dan murid mendapatkan maklumat pembelajaran yang bertujuan untuk
penambahbaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran semasa atau pada masa akan
datang di dalam kelas. Manakala, pentaksiran sumatif pula ialah aktiviti atau
tugasan yang digunakan untuk mendapatkan bukti dan prestasi pembelajaran murid
di akhir sesuatu tempoh pembelajaran.
Tujuan penilaian formatif ialah untuk mendapatkan maklumat tentang
kemajuan murid dengan mengukur penguasaan murid terhadap sesuatu matapelajaran. Ujian
ini boleh dilakukan melalui kuiz dan ujian-ujian kecil. Jika murid belum menguasai matapelajaran, perubahan
dalam pengajaran perlu dilakukan[1]. Manakala
ujian sumatif dikaitkan dengan penilaian akhir tahun dimana ia membezakan
pencapaian seseorang murid dengan murid yang lain (BPK 2011).
Kaedah pelaksanaan:
I.
Formatif:
Dijalankan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah
pelaksanaannya adalah dengan mengadakan ujian bertulis, pemerhatian, kuiz,
latihan, sesi amali dan lain-lain kaedah yang relevan yang ditadbirkan kepada
sekumpulan murid atau individu. Contohnya, kuiz, esei, ujian diagnostik dan lain
lain ujian ringkas.
II.
Sumatif:
Dijalankan pada penghujung fasa pengajaran dan pembelajaran seperti
di akhir tahun. Kaedah pentaksiran sumatif ini boleh dilakukan dengan ujian
bertulis, ujian lisan, ujian amali yang ditadbirkan kepada sekumpulan murid. Contohnya, Peperiksaan akhir tahun,
peperiksaan peringkat kebangsaan seperti UPSR, PT3, SPM dan ujian kelayakan. Oleh
itu, pentaksiran formatif adalah lebih sesuai untuk diaplikasikan bagi tujuan untuk
meningkatkan dan menambahbaik mutu kualiti pembelajaran di dalam kelas.
2.2.
UJIAN
RUJUKAN NORMA DAN KRITERIA
Ujian Rujukan Norma ialah proses pentaksiran
yang bertujuan menentukan kedudukan dan membezakan murid berbanding dengan
prestasi murid lain berdasarkan statistik lengkung normal. Dengan kata lain,
ujian rujukan norma ini merangkumi skop yang luas dan tidak terlalu tertumpu pada
sub topik kecil.
Ujian Rujukan Kriteria menggunakan kriteria yang ditetapkan bagi
pencapaian sesuatu kemahiran untuk mentaksir prestasi murid. Ujian ini juga
hanya memfokuskan skop yang kecil dalam sesuatu topik, seperti ujian atau kuiz mingguan.
Ujian rujukan kriteria lebih bermanfaat untuk mentaksir pencapaian murid agar
lebih mudah untuk para guru mengawalselia perkembangan dan kefahaman murid
dalam kelas.
2.3.
PENTAKSIRAN AUTENTIK
Pentaksiran autentik adalah satu kaedah pentaksiran yang merujuk
kepada penilaian yang dilakukan berdasarkan pencapaian sebenar yang ditunjuk oleh
murid di dalam bilik darjah. Ia merangkumi penilaian dari pelbagai aspek
seperti pengetahuan murid, pemahaman murid, kemahiran menyelesaikan masalah,
kemahiran sosial, kepekaan terhadap persekitaran, serta simulasi dalam situasi
kehidupan sebenar.
Pentaksiran autentik secara generalisasinya merupakan satu kaedah
untuk menilai dan pentaksiran ini merupakan satu kaedah alternatif lain yang
menggantikan pentaksiran secara tradisional seperti ujian yang menggunakan
peralatan seperti pensel dan kertas. Pentaksiran autentik memerlukan murid
untuk menonjolkan kemahiran dan pengetahuan yang tidak semuanya dapat dinilai
dengan menggunakan ujian seperti pentaksiran sumatif yang hanya mengutamakan
kepada ujian, kuiz dan penggunaan pensel dan kertas.
Pentaksiran secara autentik ini adalah untuk mendedahkan kemahiran
pemikiran kritikal dan kritis murid di samping mentaksir murid dalam
menyelesaikan pelbagai tugasan dan berapa lama tempoh yang diambil pelajar
untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru tersebut. Pentaksiran
autentik juga boleh dikatakan sebagai pentaksiran secara formatif kerana
pentaksiran ini lebih bersifat secara berkala dan dilakukan di dalam bilik
darjah atau pun di luar bilik darjah. Terdapat hubung kait antara teori
konstruktivisme dan teori behaviorisme dengan pentaksiran secara autentik. Hal
ini demikian kerana kedua-dua teori ini berkait rapat dengan cara perolehan dan
pengaplikasian ilmu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Teori
konstruktivisme merupakan satu teori yang berkaitan dengan proses pembelajaran
murid melalui pengalaman mereka.
Terdapat pelbagai cara untuk murid mendapatkan ilmu sama ada secara
formal atau tidak formal. Sebagai contoh, proses penerimaan ilmu secara formal
ialah pembelajaran di dalam bilik darjah melalui kelas tambahan, tuisyen dan
sebagainya. Manakala, proses mendapatkan ilmu secara tidak formal adalah
seperti didikan yang diterima oleh ibu bapa dan ahli keluarga iaitu proses yang
dilihat oleh murid secara tidak langsung. Format dan pentaksiran bagi
pentaksiran autentik juga adalah lebih bersifat holistik (menyeluruh) dan menggunakan
rubrik serta skema yang telah dirancang oleh guru bersesuaian dengan kemahiran
dan objektif yang ingin diuji oleh guru. Sebagai contoh, guru akan menilai
murid melalui penilaian projek, penilaian portfolio, penulisan esei dan
pembentangan pelaporan. Secara tidak langsung, pelbagai aspek kemahiran dapat
dinilai oleh guru dalam satu masa. Hal ini menjadikan bahawa pentaksiran
autentik ini bersesuaian dengan teori konstruktivisme yang dilakukan secara
berterusan, secara holistik dan autentik. Sebagai contoh, aktiviti yang
dilaksanakan adalah berkaitan dengan penemuan, kerjasama, penyelesaian masalah,
dan eksperimen.
Teori pembelajaran behaviorisme pula lebih bersifat kepada
rangsangan dan tindakan atau perlakuan. Teori ini juga menyatakan bahawa pembelajaran
merupakan satu proses pelaziman hubungan antara rangsangan luar dengan tindak
balas yang dapat dibentuk untuk menampakkan perubahan sikap dan perbuatan
(tingkah laku) yang kekal. Dalam memastikan keberkesanan sesuatu pentaksiran
dapat dijalankan, guru perlulah memberikan respons dan maklum balas yang sesuai
kepada murid. Guru boleh memberikan maklum balas sama ada dalam bentuk pujian,
teguran, nasihat dan peneguhan yang positif. Guru juga perlu memberitahu sebab
hasil kerja murid ditaksir dengan sedemikian rupa supaya murid dapat menilai
hasil kerja yang dilakukan oleh mereka secara sendiri. Murid juga perlu
diberitahu langkah seterusnya untuk membaiki prestasi dan hasil kerja yang
dihasilkan oleh mereka.
Oleh itu, terdapatnya perubahan yang akan terkesan dalam diri
murid. Maklum balas yang berkesan ialah apabila guru memberi maklum balas yang
tepat tentang kekuatan, kesilapan, perkara yang perlu diperbaiki, cara untuk
memperbaiki supaya murid tersebut dapat mengubah sesuatu perkara itu menjadi
lebih baik daripada yang sebelumnya. Maklum balas yang diberikan oleh guru atau
pengajar perlulah dalam bentuk maklumat yang memberi makna dan menyeluruh
(bukan dalam bentuk gred semata-mata) untuk membantu murid dalam memahami
perkembangan prestasi pembelajaran murid.
2.3.1.
Pentaksiran
Prestasi
Melalui proses pentaksiran ini, murid dikehendaki untuk merumuskan
sesuatu proses, konsep dan tindak balas dalam penguasaan sesuatu kemahiran dan
kefahaman untuk mereka cipta sesuatu produk yang baharu. Umumnya, pentaksiran prestasi
autentik distrukturkan berdasarkan sesuatu masalah atau situasi sebenar. Guru
perlu menyediakan tugasan yang dapat menilai perkara yang boleh dilakukan oleh
murid berdasarkan pengetahuan yang telah dipelajari dalam keadaan dunia
sebenar. Pentaksiran prestasi ini juga adalah sebahagian daripada proses PdPc.
Pentaksiran prestasi autentik ini memerlukan murid untuk melakukan inovasi atau
mereka cipta sesuatu perkara dan guru perlu mengukur murid berdasarkan
kemahiran yang telah dipelajari.
Jenis-jenis: projek, persembahan, pemerhatian, produk, amali, tugasan bertulis,
buku skrap, portfolio.
2.3.2.
Pentaksiran
Portfolio
Pentaksiran autentik berbentuk kerja
kursus atau portfolio ini merupakan hasil kerja murid yang direkodkan dan
akhirnya menjadi bahan rujukan. Portfolio ini menjangkaui tempoh masa, yang
menggambarkan proses pembelajaran, perkembangan, dan pencapaian murid dalam
cara yang teratur dan sistematik.
2.3.3.
Penilaian
Rakan Sebaya
Pentaksiran autentik bentuk ini pula memerlukan murid untuk menilai
hasil tugasan yang telah dilakukan antara satu sama lain. Pentaksiran dalam
tugasan ini berpandukan kriteria yang ditetapkan oleh guru atau murid. Murid
akan menilai dan memberikan maklum balas terhadap hasil kerja rakan mereka
secara individu atau berkumpulan.
Sebagai contoh, dalam mata pelajaran Bahasa Melayu murid
dikehendaki untuk menulis esei tentang punca-punca berlakunya kemalangan jalan
raya. Setelah selesai menulis esei tersebut, murid akan menilai hasil penulisan
esei rakannya. Murid akan menentukan kriteria yang akan dinilai dalam kumpulan
dan menggunakan kriteria tersebut untuk membuat penilaian esei yang ditulis
oleh rakannya. Secara tidak langsung, murid tersebut tahu akan kekuatan dan
kelemahan penulisan esei yang telah dilakukan oleh murid tersebut.
Murid juga boleh menilai rakan mereka menerusi pembentangan hasil
tugasan yang diberi oleh guru. Sebagai contoh, guru meminta murid untuk
melakukan pembentangan tentang kata majmuk. Kumpulan tersebut perlu
membentangkan tentang kata majmuk dan murid yang lain perlu memberikan komen
dan menilai hasil pembentangan yang dilakukan oleh rakan mereka. Seperti biasa,
rubrik dan kriteria pentaksiran akan disediakan oleh guru atau pun murid
sendiri.
2.3.4.
Penilaian
Kendiri
Pentaksiran autentik
secara kendiri ini memerlukan kemahiran berfikir dan menilai tugasan sendiri.
Murid akan menilai tugasan mereka sendiri dengan menggunakan kriteria
pentaksiran yang ditetapkan oleh guru atau murid itu sendiri. Pentaksiran ini
dilakukan untuk mengetahui kemajuan pembelajaran mereka berdasarkan matlamat
pembelajaran atau standard yang telah ditetapkan oleh guru mereka. Bagi
matapelajaran Matematik, guru meminta murid untuk membuat latihan dari buku
teks atau buku latihan. Setelah selesai, murid boleh menilai hasil kerja melalui
skema yang telah disediakan.
2.3.5.
Pentaksiran
Atas Talian
Pentaksiran atas talian
adalah proses pentaksiran secara elektronik dengan menggunakan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam semua aktiviti pentaksiran termasuk maklum
balas. Pentaksiran atas talian juga dikenali sebagai online assessment yang
merupakan proses pentaksiran yang dilaksanakan secara talian dengan penggunaan
komputer dan Internet. Kebolehan kognitif biasanya dinilai menggunakan perisian
e-ujian, manakala kemajuan prestasi murid yang berterusan pula dinilai
menggunakan e-portfolio atau perisian simulasi.
3.0.
RUMUSAN
Kesimpulannya, pentaksiran secara autentik
merupakan salah satu pentaksiran yang boleh digunakan oleh guru dalam mentaksir
dan menilai pencapaian murid. Pentaksiran secara autentik ini adalah lebih
menyeluruh dan bersepadu kerana pelbagai kemahiran murid dapat dilihat dalam
pentaksiran ini. Oleh itu, guru perlulah bijak dalam memastikan murid mampu
untuk melaksanakan tugasan yang dijalankan supaya pentaksiran secara autentik
ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Penilaian autentik ini sebenarnya akan membebankan
sedikit guru dengan sistem portfolio dan pengumpulan data. Namun, daripada
sistem perekodan ini, perkembangan murid akan dapat dilihat dengan jelas oleh
guru dan murid itu sendiri. Perkara ini boleh dijadikan sebagai bukti untuk
guru dan murid apabila ditanya oleh pihak pentadbir tentang pencapaian
seseorang murid. Melalui sistem yang bersistematik inilah, guru mampu
menganalisis dan menghasilkan pembelajaran yang berkesan untuk murid sewaktu
proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.
RUJUKAN
Adimin, J. ((2011)). Peperiksaan
vs Pentaksiran. Retrieved from
http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2008&dt=0303&pub=DuniaPendidi
Ain, N. (2017). PENTAKSIRAN
AUTENTIK DALAM BAHASA MELAYU. Retrieved from https://www.academia.edu/40494477/PENTAKSIRAN_AUTENTIK_DALAM_BAHASA_MELAYU
Khan. ((2009)). Tidak
Lagi Bergantung 100% Kepada Peperiksaan-TPM. Retrieved from
http://sppkkedah.blogspot.com/2009/10/tidak-lagi-bergantung-100-
Lembaga Peperiksaan
Malaysia. (2012). Pandua Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
Retrieved from Lembaga Peperiksaan Malaysia .
Norazilawati, A.
(2012). Pelaksanaan Pendekatan Konstruktivisme dalam Matapelajaran Sains.
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Pentaksiran Autentik
UPSI.
(December, 2014). Retrieved from
http://pentaksiranautentikupsi.blogspot.com/2014/12/pentaksiran-autentik.html
Ramlah, A., Jamil, A.,
& Analisa, H. (2015). Pembentukan Sikap Positif Guru Terhadap
Pelaksanaan Aktiviti Pentaksiran. Journal of Personalized.
PEMBINAAN SOALAN:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdeE7lYe0fNLP3481A0_1RNLoY8fP-A7azQBSn44vhC9EnxDA/viewform
SLIDE PEMBENTANGAN PENTAKSIRAN:
https://docs.google.com/presentation/d/1TzEIyW4I4ma5DlCRyRFLa-qIGbMV13Qw/edit#slide=id.p1
SLIDE JSU:
https://docs.google.com/presentation/d/13_f4M7HiMSV_UYN1okdF1Ls3ilwlEPZ8/edit#slide=id.p1

No comments:
Post a Comment