Terima kasih buat semua pensyarah yang mengajar kami ... :)
Bincangkan perbezaan ciri-ciri bagi penilaian Sumatif dan Formatif
DWP10503: Pentaksiran Pembelajaran
Nama Pensyarah: Haji Mazlan bin Ibrahim
SOALAN
1
Proses penilaian
boleh dikelaskan kepada beberapa jenis berdasarkan fungsi dan waktu
ditadbirkan. Antaranya penilaian Sumatif dan Formatif. Bincangkan
perbezaan ciri-ciri bagi penilaian Sumatif dan Formatif dari segi
pengertian, tujuan, aktiviti dan masa pelaksanaannya.
PENILAIAN FORMATIF
boleh diertikan sebagai ujian berbentuk formal atau tidak formal BERTUJUAN
untuk mengesan penguasaan dan kemajuan pelajar dalam jangka masa yang segera.
Manakala PENILAIAN SUMATIF diertikan sebagai Ujian Formal BERTUJUAN untuk mengesan
pencapaian murid berdasarkan beberapa unit pembelajaran dan keputusan gred
pelajar di dalam kelas. ANTARA AKTIVITI FORMATIF seperti soal jawab dan ujian
bulanan di dalam kelas secara individu mahupun berkumpulan. Manakala AKTIVITI
SUMATIF biasanya dijalankan ujian formal dalam beberapa waktu berdasarkan
ketetapan jadual secara individu mengikut kelas.
SOALAN
2
Senaraikan empat
jenis soalan subjektif dan huraikan dua daripadanya yang anda ketahui.
Jenis Soalan
Subjektif:
1. Tiada pilihan jawapan
2. Respon terhad
3. Respon Terbuka
4. Berstruktur
Respon Terbuka =
Memberi kebebasan kepada calon untuk menjawab soalan berdasarkan tahap
kefahaman mereka.
Contoh: Huraikan
hikmah disyariatkan perkahwinan menurut Islam?
Respon Terhad =
Memberi had jawapan yang diperlukan sahaja.
Contoh: Berikan 3
ciri-ciri soalan subjektif?
No comments:
Post a Comment